Hari ini Ahli Parlimen dimaklumkan secara rasmi mesyuarat khas Dewan Rakyat

Hari ini Ahli Parlimen dimaklumkan secara rasmi mesyuarat khas Dewan Rakyat

Semua Ahli Parlimen dikehendaki mematuhi SOP 'sepanjang masa'.

(Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Semua Ahli Parlimen hari ini dimaklumkan secara rasmi bahawa Dewan Rakyat akan bersidang untuk suatu mesyuarat khas selama lima hari.

Mereka diberitahu oleh Setiausaha Dewan Rakyat bahawa Dewan Rakyat akan bersidang bermula 26 Julai hingga 29 Julai, dan 2 Ogos.

Bagi memastikan keselamatan, Speaker Azhar Azizan Harun mengingatkan semua Ahli Parlimen hendaklah mematuhi SOP pelaksanaan persidangan Parlimen yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan “sepanjang masa”.

Mesyuarat khas itu bagi kerajaan menerangkan kepada Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan sidang hibrid diadakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.