
Inisiatif itu bagi meningkatkan vaksinasi di kawasan berkenaan, katanya pada sidang media.
Sementara itu, Adham turut mengumumkan mereka yang berusia 60 tahun ke atas di Selangor dan Kuala Lumpur boleh mendapatkan vaksin secara jumpa terus (walk-in).
“Ia akan dikembangkan ke negeri lain. Kerana ada lagi data menunjukkan mereka berumur 60 ke atas masih belum dapatkan vaksin,” katanya.
Sementara itu, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) akan dibangunkan secara maya dalam masa terdekat bagi kes Covid-19 yang bergejala ringan dan yang tidak bergejala.
Pengarah Bersama Pasukan Pengurusan Projek Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), Dr Chong Chee Keong berkata, dengan ada CAC maya, orang ramai tidak perlu ke CAC secara fizikal.
“Pemantauan kes tersebut akan diadakan secara maya tanpa keperluan hadir secara fizikal ke CAC,” katanya.
“Kuarantin di rumah digital ini akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera dan ia sah dari segi undang-undang walaupun diberikan gelang dari segi aspek undang-undang mereka kena ada di rumah juga secara kuarantin di rumah.”