Isteri keluar bekerja, suami di rumah jadikan anak pemuas nafsu

Isteri keluar bekerja, suami di rumah jadikan anak pemuas nafsu

Lelaki berusia 51 tahun ditahan polis semalam selepas mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Mohd Azmir Damiri berkata, mangsa tidak pernah mendedahkan kejadian itu kepada orang lain kerana bimbang dipukul dan dimarahi suspek.
PETALING JAYA:
Bapa kepada empat anak sanggup menjadikan anak kandung sebagai pemuas nafsu serakah ketika isterinya keluar bekerja dalam kejadian di Pasir Puteh, Kelantan.

Bagaimanapun suspek berjaya ditahan polis semalam selepas mangsa yang berusia 16 tahun membuat laporan mengenai perbuatan terkutuk bapanya itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Mohd Azmir Damiri berkata, suspek berusia 51 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Merkang.

Katanya, mangsa turut mendedahkan dia dirogol suspek beberapa kali sebelum ini dalam tempoh tiga bulan lalu.

“Mangsa tinggal sekeluarga bersama ibu dan tiga adik beradik lain. Siasatan awal mendapati suspek masuk ke bilik mangsa untuk melakukan perbuatan itu.

“Mangsa dirogol selepas ibunya keluar bekerja manakala adik-beradiknya yang lain masih tidur.

“Dia turut memberitahu sudah dirogol beberapa kali sebelum ini dalam tempoh tiga bulan lalu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Azmir berkata, mangsa tidak pernah mendedahkan kejadian itu kepada orang lain kerana bimbang dipukul dan dimarahi suspek.

Katanya, suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 22 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.