PPN fasa 2: Solat sunat Aidiladha, ibadah korban dibenarkan

PPN fasa 2: Solat sunat Aidiladha, ibadah korban dibenarkan

Lapan negeri yang telah beralih ke Fasa Kedua PPN setakat ini iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Solat sunat Aidiladha, takbir di masjid dan surau serta korban dibenarkan di negeri PPN Fasa 2
PETALING JAYA:
Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa depan (20 Julai) dan lapan negeri yang telah beralih ke Fasa Kedua PPN setakat ini iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Justeru, berikut adalah SOP sektor sosial bagi sambutan Hari Raya Aidiladha 2021 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa kedua;

Aktiviti Yang Dibenarkan

  • Takbir Hari Raya di Masjid dan Surau
  • Solat Sunat Aidiladha, Khutbah Hari Raya dan Ibadah Korban dibenarkan mengikut ketetapan dalam SOP dan pihak berkuasa agama negeri dengan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP

Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan

  • Jamuan Selepas Solat Sunat Aidiladha
  • Program Ziarah Hari Raya
  • Ziarah Tanah Perkuburan
  • Rumah Terbuka atau Majlis Jamuan Hari Raya

Kawalan penularan dan jangkitan

  • Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah
  • Pemakaian pelitup muka adalah DIWAJIBKAN.
  • Kerap melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wudhu
  • Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa

Kawalan dan pengesanan

  • Masjid/surau hendaklah mempunyai petugas yang mencukupi bagi membantu kawalan Jemaah;
  • Kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau direkodkan secara manual di dalam buku kehadiran
  • Jemaah yang sihat dan tidak bergejala sahaja dibenarkan hadir
  • Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum solat dan ditutup sejurus selepas selesai aktiviti solat berjemaah

Penandaan Jemaah (Etika)

  • Pengurusan masjid hendaklah membuat penandaan jarak antara jemaah sekurang-kurangnya 1 meter
  • Tidak boleh bersalaman dan bersentuhan di antara satu sama lain
  • Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan teratur serta menjaga penjarakan yang terkawal;
  • Jemaah digalakkan membawa sejadah sendiri
  • Jemaah dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang
  • Elakkan aktiviti bersalaman dan berpelukan sesama yang hadir
  • Tiada perkumpulan dibenarkan selepas selesai aktiviti sama ada di dalam atau di luar masjid dan surau
  • Jemaah hendaklah mengambil wudhu’ di rumah, namun dibenarkan memperbaharuinya di masjid/surau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.