Disyaki curang dengan wanita lain, suami pukul isteri ditahan

Disyaki curang dengan wanita lain, suami pukul isteri ditahan

Lelaki itu yang sudah tidak bekerja selama tiga tahun memukul badan, pipi dan kepala isterinya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 51 tahun itu ditahan reman empat hari.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan polis apabila mencederakan isterinya selepas bertengkar kerana disyaki mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata lelaki berusia 51 tahun itu yang sudah tidak bekerja selama tiga tahun telah memukul badan, pipi dan kepala isterinya.

“Semalam 3.10 petang sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya Selangor telah tangkap suami pengadu di tempat kejadian.

“Tangkapan tiada rekod lampau dan ujian air kencing adalah negatif dadah. Tangkapan telah ditahan reman selama 4 hari sehingga 11 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan.

Farouk berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atau Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga iaitu mendatangkan cedera dalam rumah tangga, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau dengan kedua-duanya.

Farouk berkata, pasangan itu sudah berkahwin sejak enam tahun lalu dan mempunyai dua anak perempuan berusia tiga tahun dan dua bulan.

“Pasangan ini tinggal bersama ibu dan bapa pengadu serta semua anak.

“Pengadu telah mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur. Kecederaan yang dialami pengadu iaitu lebam pada pipi kiri dan kanan, luka ibu jari kaki dan luka dalam mulut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.