
Petisyen itu menulis bahawa rakyat tidak mahukan Ismail dilantik sebagai perdana menteri kerana ketika menganggotai kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau dikatakan cuai dan gagal menangani wabak Covid-19.
Ketika ini, Ismail dipercayai memperoleh sokongan 114 Ahli Parlimen menjadikan kelebihan majoriti berpihak kepadanya.
Jika semua sokongan itu dapat disahkan di hadapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, maka Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan majoriti dengan jumlah terkini hanya 105 sokongan Ahli Parlimen.
Selesai mengumpul perakuan sokongan daripada kalangan Ahli Parlimen, Yang di-Pertuan Agong akan bermesyuarat bersama Majlis Raja-raja Melayu Jumaat ini bagi memutuskan hal berkenaan pelantikan perdana menteri dan pembentukan kerajaan baharu.