Ismail Sabri tinggalkan Royale Chulan selepas lebih 2 jam bertemu Ahli Parlimen Umno

Ismail Sabri tinggalkan Royale Chulan selepas lebih 2 jam bertemu Ahli Parlimen Umno

Mesyuarat itu diadakan sebelum mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-9 esok.

Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Royale Chulan tanpa mengulas butir mesyuarat bersama Ahli Parlimen Umno.
KUALA LUMPUR:
Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Hotel Royale Chulan, di Kuala Lumpur, selepas lebih dua jam bertemu dengan Ahli Parlimen Umno sebelum angkat sumpah esok sebagai Perdana Menteri Ke-9.

Ismail yang tiba pada jam 8.30 malam meninggalkan mesyuarat tertutup dengan Ahli Parlimen Umno pada jam 10.45 malam tadi.

Antara yang menghadiri mesyuarat tertutup itu adalah Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Presiden MCA Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kota Tinggi Halimah Mohamed Sadique.

Bagaimanapun, Ismail enggan mengulas mengenai tujuan perjumpaan itu.

Terdahulu, Ismail dilantik sebagai perdana menteri baharu menggantikan Muhyiddin Yassin, yang meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.

Pelantikan Ismail ke jawatan nombor satu itu diumumkan Istana Negara, dalam kenyataan, petang tadi.

Naib presiden Umno itu dijangka dilantik sebagai perdana menteri esok, pada jam 2.30 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.