
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa dipercayai warga India ditemui tanpa dokumen pengenalan diri mati serta merta di lokasi kejadian akibat impak kuat.
Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang Md Noor Aehwan Mohammad, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Proton Perdana yang melanggar pejalan kaki terbabit.
“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu di lorong kanan itu, terlanggar mangsa yang melintas jalan secara mendadak,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Katanya, kejadian itu menyebabkan pemandu kereta berusia 30-an tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa menyebabkan mangsa terpelanting ke atas bumbung kenderaan.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.