Lebih 70% penduduk Negeri Sembilan lengkap divaksin

Lebih 70% penduduk Negeri Sembilan lengkap divaksin

Seramai 721,697 individu berusia 18 tahun ke atas atau 88.6% juga sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di negeri itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri telah memohon kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk meningkatkan bekalan dos diterima negeri itu susulan bekalan vaksin berkurangan minggu ini berbanding biasa.
SEREMBAN:
Seramai 575,278 atau 70.6% daripada populasi penduduk Negeri Sembilan yang berusia 18 tahun ke atas telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata, setakat ini seramai 721,697 individu berusia 18 tahun ke atas atau 88.6% juga sudah menerima dos pertama vaksin itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah memohon kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk meningkatkan bekalan dos diterima negeri itu susulan bekalan vaksin yang diterima negeri itu berkurangan minggu ini berbanding biasa.

“Sama-samalah kita berdoa agar permohonan tersebut diluluskan bagi mewujudkan imuniti kelompok dengan kadar segera,” katanya dalam catatan di Facebook.

Dalam perkembangan lain Aminuddin berkata, seramai 2,363 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerima manfaat daripada Bantuan Anak Sekolah (BAS) dengan keseluruhan dana berjumlah RM1.3 juta diperuntukkan tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.