
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, terdapat 20,845 pesakit telah pulih menjadi jumlah yang pulih setakat ini adalah 1,422,005.
Beliau berkata jumlah jangkitan ketika ini adalah 1,706,089.
Sementara itu, 285 kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian kini melebihi 16,000 menjadi 16,087.
Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 4,591.
Ini diikuti oleh Sabah (2,578), Sarawak (2,522), Johor (1,852), Kedah (1,755), Pulau Pinang (1,378), Kelantan (1,316), Perak (1,208), Pahang (839), Terengganu (789), Kuala Lumpur (680), Melaka (636), Negeri Sembilan (329), Perlis (56), Putrajaya (48) dan Labuan (2).
Pahang melaporkan rekod tertinggi dalam jumlah kes hari ini.
Ketika ini terdapat 267,997 kes aktif, dengan 1,009 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan 477 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Hisham berkata, sebanyak 285 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 110 kes di Selangor, 50 kes di Johor, 46 kes di Sabah, 22 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Pulau Pinang, lapan kes di Perak, masing-masing tujuh kes di Terengganu dan Kelantan.
Manakala lima kes di Kedah, masing- masing empat kes di Negeri Sembilan dan Pahang, serta dua kes di Perlis, Melaka, dan Sarawak.
“Kes kematian itu membabitkan 240 warganegara dan 45 orang bukan warganegara,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 28 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.01.
Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.25), diikuti oleh Perlis (nilai 1.21), dan Sabah (nilai RT 1.16).
“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Pahang, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan,” katanya.