Lagi gangguan air di 463 kawasan Lembah Klang

Lagi gangguan air di 463 kawasan Lembah Klang

Ia termasuk Petaling (172), Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

PETALING JAYA:
Sebanyak 463 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan air sekali lagi susulan pencemaran bau yang dikesan di Sungai Semenyih.

Air Selangor menerusi catatan di Facebook berkata, loji rawatan air Sungai Semenyih ditutup sejak 5.15 petang tadi.

Gangguan air itu membabitkan 172 kawasan di Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

Senarai kawasan terjejas boleh diperolehi di sini.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dari semasa ke semasa menerusi medium komunikasi rasmi kami, iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan https://hentitugas.airselangor.com/.”

Gangguan air terbaharu ini berlaku hanya sehari selepas bekalan air pulih di 463 kawasan di Lembah Klang. Loji rawatan air sama ditutup pada 31 Ogos lalu akibat pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.