2 lokaliti di Sabah bawah PKPD

2 lokaliti di Sabah bawah PKPD

Ia membabitkan Kampung Sugiang Baru, Tenom dan Kampung Rapak, Ranau.

Dua kawasan di Sabah dikenakan PKPD bermula 9 hingga 22 September.
PETALING JAYA:
Dua lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 9 hingga 22 September.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad, berkata ia dilaksanakan susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD 9 hingga 22 September

Sabah

  • Kampung Sugiang Baru, Tenom.
  • Kampung Rapak, Ranau.

Lanjutan PKPD hingga 22 September

  • Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, Sabah.

Penamatan PKPD 8 September

  • Tiga lokaliti di Tumpat, Kelantan membabitkan Kampung Gerong, Kampung Baru Nelayan dan Kampung Talak.
  • Tiga perkampungan Orang Asli Ulu Telom, Cameron Highland, Pahang iaitu Kampung Sungai Kabut, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong.
  • Dua lokaliti di Bera, Pahang, iaitu Kampung Batu Papan dan Kampung Batu Papan Tengah.
  • Dua lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah membabitkan Kampung Gudon, Manggatal dan Kampung Lobou.
  • Kampung Tengah, Kinarut, Papar, Sabah.
  • Kampung Timbua Kembiroi, Lobou Baru, Ranau, Sabah.
  • Dua lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Kampung Sentosa Blok 4 dan Batu 2, Lorong Saddani.
  • Kuarters Kilang Mee Tien Hock, Penampang, Sabah.
  • Taman Sri Panglima, Beufort, Sabah.
  • Enam lokaliti di Tuaran, Sabah iatu Kampung Betutai, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Taman Sri Rugading, Taman Telipok Ria dan Kampung Serusop.
  • Kampung Brunei Membakut, Beaufort, Sabah.
  • Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu, Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.