
Perkara itu dimaklumkan melalui surat pekeliling dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) di laman web rasmi mereka.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Dasar) Kementerian, Noor Azman Abdul Rahman berkata, arahan itu adalah selaras dengan hasrat KPM bagi memastikan status imuniti kelompok membabitkan semua petugas tetap atau kontrak dicapai.
“Kebenaran ini terpakai kepada penerima lengkap melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua vaksin jenis Pfizer, Astra Zeneca dan Sinovac.
“Manakala bagi penerima dos Johnson & Johnson dan Cansino pula, mereka perlu melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan,” menurut surat pekeliling itu.
Noor Azman turut mengingatkan semua kontraktor yang terbabit dalam perkhidmatan kawalan keselamatan (PKK), kebersihan bangunan dan kawasan (KBK), bekalan makanan bermasak (BMB) dan bekalan makanan mentah (BMM) memastikan setiap pekerja mereka sudah menerima vaksin sebelum dibenarkan memasuki premis atau kawasan sekolah.
Katanya, kebenaran diperoleh setiap pekerja bagaimanapun masih tertakluk kepada penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).