
Tetapi, katanya, pelajar perlu berpakaian kemas dan sopan, jika baju seragam sekolah mereka tidak sesuai dipakai lagi.
“Kita tidak mahu beri tekanan kepada ibu bapa menyediakan pakaian baharu…matlamat kita hanya mahu anak-anak ke sekolah sahaja,” katanya dalam sidang media hari ini.
Kementerian Pendidikan akan membuka semula sekolah secara berperingkat mulai 3 Okt ini, kecuali kebanyakan sekolah di bawah Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara yang akan terus ditutup.
Bagi sekolah di negeri bawah Fasa 3 dan 4, setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu secara bersemuka serta pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), yang akan bergilir-gilir setiap minggu.