
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 16 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kenyataan beliau berkata, 10 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja, empat kluster komuniti manakala dua kluster berisiko tinggi.
Kluster dikesan di Johor, Selangor, Labuan, Pulau Pinang , Sarawak, Perak, Kelantan, Sabah, dan Pahang.
Perincian 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:
- Kluster Jalan Industri Lima Tangkak (Tangkak) dengan 16 kes
- Kluster Industri Jalan Besar 38 (Batu Pahat) dengan 18 kes
- Kluster Jalan Kampung Tok Jawa (Bachok) dengan 31 kes
- Kluster Udara Membedai (Labuan) dengan lapan kes
- Kluster Kampung Kubang Gatal (Pasir Mas) dengan lima kes
- Kluster Lorong Seri Murni Dua ( Seberang Perai Utara) dengan 22 kes
- Kluster Batu 19 Jalan Besar (Kulai) dengan 17 kes
- Kluster Pelut Baram (Telang Usan) dengan 37 kes
- Kluster Jalan Bidara 6/3 (Kuala Selangor) dengan 21 kes
- Kluster Industri Jalan Johan 2/1A (Kinta) dengan 14 kes
- Kluster Sawit Safoda (Kinabatangan) dengan 23 kes
- Kluster Jalan Kompleks Sukan (Kinta) dengan 14 kes
- Kluster Nansang Wak (Pakan) dengan 51 kes
- Kluster Jalan Halia Kluang (Kluang) dengan 40 kes
- Kluster Industri Jalan Perigi Nenas 6/1 (Klang) dengan lima kes
- Kluster Kampung Ulu Pareh (Bentong) dengan 77 kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 5,263 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,364 daripadanya kluster aktif dan 3,899 kluster lagi sudah tamat.