
Semua lelaki berusia 21 hingga 65 itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi kerana memasuki kawasan itu tanpa kebenaran.
Menurut Pengarahnya Roslan Rani, berkata operasi bersama anggota pasukan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat itu dilakukan selepas terdapat aduan berhubung aktiviti pencerobohan hutan terbabit.
“Kita menahan 14 lelaki bersama kenderaan 4×4 (pacuan empat roda) yang masing-masing yang dipercayai digunakan untuk memasuki hutan simpan tanpa kebenaran bertulis atau permit memasuki hutan simpan kekal.
“Ketika serbuan dilakukan, mereka sedang berehat di tepi sungai berhampiran dan mendakwa memasuki kawasan hutan simpan ini untuk menikmati keindahan alam sempena cuti hujung minggu.
“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut manakala kenderaan itu turut disita,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Roslan berkata, sebelum itu seramai 13 penunggang motosikal ‘motocross’ ditahan di Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu pada Khamis lalu kerana melakukan kesalahan yang sama.
Katanya, mereka memandang serius isu pencerobohan memandangkan kawasan hutan tidak boleh dimasuki tanpa kebenaran pihak berkuasa.
“Selain menahan mereka yang mencuri hasil hutan, ia juga menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak untuk masuk ke dalam kawasan hutan simpan tanpa kebenaran,” katanya.
Semua yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 47 (1) (c) Enakmen Perhutanan Negara (Penerimaan-pakai) 1986 Negeri Terengganu yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.