Mayat mangsa lemas Sungai Balak ditemui

Mayat mangsa lemas Sungai Balak ditemui

Mayat Sunny Dell Ashraff Sa'ari, 23, dijumpai pasukan pencari pada kedalaman 2.4 meter (8 kaki) pada 9.55 malam tadi.

Menurut bomba, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tujuan bedah siasat.
KUALA LUMPUR:
Mayat mangsa lemas di Sungai Balak, Batang Kali di Hulu Selangor ditemui kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, mayat Sunny Dell Ashraff Sa’ari, 23, dijumpai pasukan pencari pada kedalaman 2.4 meter (8 kaki) pada 9.55 malam tadi.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, lelaki itu dilaporkan lemas ketika mandi-manda bersama empat rakannya di sungai berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.