Banjir kilat melanda Shah Alam

Banjir kilat melanda Shah Alam

Kawasan sekitar Stadium Shah Alam di Seksyen 13 ditenggelami air setinggi 1.2m.

Keadaan di beberapa lokasi sekitar Shah Alam yang dinaiki air susulan hujan lebat petang tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Beberapa lokasi di sekitar Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi.

Antara kawasan terjejas ialah sekitar Stadium Shah Alam di Seksyen 13 yang ditenggelami air setinggi 1.2m.

Jalan Persiaran Jubli Perak yang merupakan laluan dari Lebuhraya Persekutuan ke Seksyen 20 di Shah Alam, turut digenangi air setinggi 0.3m.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sembilan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke tempat kejadian, selepas panggilan kecemasan diterima pada 5.09 petang.

Beliau berkata, anggota bomba turut memeriksa sebuah kenderaan di sekitar Stadium Shah Alam.

“Bomba yang tiba lapan minit kemudian mendapati sebuah kenderaan terkandas di kawasan tersebut.

“Pemandunya telah keluar menyelamatkan diri dengan tiada mangsa dilaporkan dan kawasan itu dinaik air setinggi 1.2m,” katanya dalam kenyataan yang dilaporkan Kosmo.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.