
Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun, berkata usul itu disetujukan apabila menyaksikan lebih suara bersetuju, berbanding tidak bersetuju selepas dibahaskan selama empat hari mulai 28 September oleh 106 Ahli Parlimen dan disusuli dengan penggulungan oleh 27 kementerian terlibat selama tiga hari.
Antara isu dibangkitkan dalam sesi perbahasan adalah mengenai kesihatan, vaksin Covid-19, pembangunan Sabah dan Sarawak, kemiskinan, impak pasca-Covid-19 dan pengurusan bekalan air negara.
Persidangan hari ini menyaksikan tiga kementerian meneruskan penggulungan perbahasan termasuk lima jabatan bawah Jabatan Perdana Menteri.
Pada 27 September, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membentangkan RMK12 yang akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara.
Mengikut takwim Dewan Rakyat, persidangan pada Isnin ini akan diteruskan dengan Rang Undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin.