52 individu ditahan hadiri mesyuarat pertubuhan haram

52 individu ditahan hadiri mesyuarat pertubuhan haram

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Mohd Marzhuki Mohd Mokhtar berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 16 hingga 52 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Kuala Terengganu kira-kira 9 malam kelmarin.

Mohd Marzhuki Mohd Mokhtar berkata Saringan awal ujian air kencing terhadap kesemua individu mendapati seramai enam orang positif dadah jenis metamfetamin.
KUALA TERENGGANU:
Polis Terengganu menahan 52 individu termasuk enam wanita yang dipercayai menghadiri mesyuarat sebuah pertubuhan haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Mohd Marzhuki Mohd Mokhtar berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 16 hingga 52 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di bandar raya ini pada kira-kira 9 malam kelmarin.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek mengaku menghadiri mesyuarat sebuah pertubuhan tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), yang modus operandinya menjalankan aktiviti tarik kereta yang tertunggak bayaran bank.

“Saringan awal ujian air kencing terhadap kesemua individu mendapati seramai enam orang positif dadah jenis metamfetamin manakala tiga daripada individu yang ditahan merupakan ketua pertubuhan terbabit dengan gelaran ‘Ayahanda.’

“Ketiga-tiga individu juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau seperti kekerasan dan narkotik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Marzhuki berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.