Ketua Penerangan Umno dilantik Pengarah Ekonomi PMO

Ketua Penerangan Umno dilantik Pengarah Ekonomi PMO

Shahril Hamdan berikrar akan membantu pasukan ekonomi sedia ada serta cuba menyumbang ke arah pemulihan ekonomi makro dan rakyat.

Shahril Hamdan menerima surat pelantikan sebagai Pengarah Ekonomi daripada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. (Gambar Umno)
PETALING JAYA:
Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan dilantik sebagai Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Dalam kenyataan ringkas di Umno-Online, parti itu mengesahkan peranan baharu Shahril dan memuat naik gambar beliau menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob.

Shahril memberitahu Umno-Online: “Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas pelantikan ini dan Presiden atas restunya.

“Insya Allah saya akan laksana tugas sebaik mampu bagi membantu pasukan ekonomi sedia ada dan cuba menyumbang ke arah pemulihan ekonomi makro dan rakyat.”

Shahril adalah lepasan jurusan ekonomi dari Universiti Manchester di bawah tajaan Bank Negara pada 2008.

Naib Ketua Pemuda Umno itu kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science menerusi biasiswa penuh Chevening.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.