
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang baru selesai menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana mengugut mahu membunuh mangsa sama Ogos lalu, telah masuk ke ruang tamu rumah ibu mangsa yang juga kakaknya kira-kira jam 2.45 tadi.
“Suspek kemudian ke dapur dan mengambil pisau lalu pergi kepada mangsa dan terus mengacukan pisau ke arahnya sambil mengugut ‘jangan sampai suspek bunuh pengadu’.
“Punca pergaduhan, suspek disyaki dalam keadaan halusinasi akibat pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata, suspek yang bujang dan berusia 22 tahun itu didapati positif dadah jenis Methamphetamin.
Dia direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.