Rundingan agihan kerusi PH selesai 90%, kata Adly

Rundingan agihan kerusi PH selesai 90%, kata Adly

Pengerusi PH Melaka berkata, PH sedia buka pintu perbincangan supaya pembangkang boleh sepakat dan mempunyai satu calon sahaja.

Adly Zahari berkata, rundingan agihan kerusi PH Melaka sudah selesai 90% dan sepakat hanya satu calon diketengahkan. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Rundingan pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka telah selesai 90%.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini berkata pembahagian kerusi itu akan dimuktamadkan dalam minggu ini.

Ketika ditanya mengenai calon Ketua Menteri yang akan diketengahkan PH, Adly hanya berkata: “Dapatkan majoriti dahulu”.

Mengenai rundingan PH bersama Parti MUDA seperti yang dimaklumkan Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini, bekas Ketua Menteri itu berkata PH terbuka untuk perbincangan.

“PH sedia buka pintu perbincangan supaya pembangkang boleh sepakat dan mempunyai satu calon sahaja,” katanya.

Syed Saddiq hari ini dilapor berkata MUDA berhasrat bertanding dan kini berunding dengan PH bagi meletakkan calon MUDA pada PRN berkenaan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 Nov manakala tarikh mengundi pula pada 20 Nov.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.