
Belanjawan itu, yang dibentangkan ketika negara baru sahaja keluar daripada kawalan wabak yang sangat ketat dan dijajarkan dengan Rancangan Malaysia ke-12, adalah kira-kira RM9.6 bilion mengatasi RM322.5 bilion yang diperuntukkan bagi belanjawan tahun lepas.
Kira-kira RM233.5 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, dan RM23 bilion untuk Tabung Covid-19.
Pecahan perbelanjaan Bajet 2022:
- Perbelanjaan Mengurus
- Emolumen (26%)
- Bayaran Khidmat Hutang (13%)
- Perkhidmatan dan Bekalan (9.1%)
- Bayaran Persaraan (8.5%)
- Pemberian dan Serahan kepada Kerajaan Negeri (2.4%)
- Subsidi dan Bantuan Sosial (5.2%)
- Lain-lain (6.1%)
- Perbelanjaan Pembangunan
- Ekonomi (12.1%)
- Sosial (6.8%)
- Keselamatan (2.7%)
- Pentadbiran Am (1.2%)
- Kumpulan Wang Covid-19 (6.9%)
Cukai pendapatan merupakan sumber terbesar wang bagi Bajet 2022, iaitu sebanyak 35.7%, diikuti Pinjaman dan Penggunaan Aset Kerajaan 29.5%, Hasil Bukan Cukai 18.9%, Cukai Tidak Langsung 13.3%, dan Cukai Langsung Lain 2.6%.
Berikut butiran daripada Bajet 2022:
Bantuan tunai langsung dan kebajikan
- Memperkenalkan inisiatif bantuan tunai langsung yang ditambah baik, iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM):
- Bantuan one-off sebanyak RM2,000 untuk isi rumah tiga orang anak atau lebih, dengan pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan, berbanding RM1,800 yang diberikan Bantuan Prihatin Rakyat.
- Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan, dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.
- Bantuan tambahan sebanyak RM300 kepada isi rumah warga emas.
- BKM dijangka memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima, dengan peruntukan RM8.2 bilion.
- Syarat kelayakan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019, iaitu RM1,169, daripada RM980:
- RM2.4 bilion disediakan bagi penyaluran bantuan kebajikan untuk lebih 440,000 isi rumah.
- RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi usaha melindungi kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim, yang ibu bapa meninggal dunia kerana Covid-19.
Akses kemudahan kesihatan awam
- RM32.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.
- Tambahan RM4 bilion untuk agenda menangani Covid-19:
- RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi.
- RM2 bilion bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, PPE, dan kit kesihatan.
- Bercadang memberikan pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan, ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.
- Bercadang meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pra-campuran berasaskan koko, malt, kopi, dan teh.
- Bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan rokok elektronik.
- Menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian, dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun.
- Meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian.
- RM70 juta untuk menangani isu kesihatan mental:
- Antaranya untuk memperkukuh perkhidmatan sokongan, kaunseling, dan psikososial; menambah program adkovasi; memperkasa peranan NGO sebagai penggerak program kesihatan mental.
- Meluaskan skop pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan:
- Meliputi kos khidmat konsultasi pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal, dan kaunselor berdaftar.
Pendidikan untuk semua
- RM52.6 bilion untuk Kementerian Pendidikan.
- RM14.5 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi.
- Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, berbanding RM100 sebelum ini:
- RM450 juta diperuntukkan, yang dijangka memanfaatkan 3 juta murid.
- RM1 bilion untuk penyelenggaran dan pembaikan sekolah:
- RM140 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk menyelenggara sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat, dan institusi pondok berdaftar, berbanding RM100 juta sebelum ini.
- RM120 juta untuk 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
- RM746 juta untuk naik taraf sekolah daif:
- Sebilangan besar peruntukan untuk 112 projek di Sabah dan 165 projek di Sarawak.
- RM50 juta untuk pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.
- Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM100 untuk lebih 400,000 guru sekolah bawah KPM.
- Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia:
- Membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi, dengan peruntukan sebanyak RM450 juta; dijangka memberi manfaat kepada 600,000 siswa daripada keluarga B40.
- Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer, dan tablet:
- Sehingga 31 Disember 2022.
- Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN:
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
- Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
- Bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
- RM6.6 bilion ringgit untuk pelbagai inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bawah kementerian dan agensi berkaitan.
- Peruntukan tambahan RM200 juta untuk program usaha sama dengan industri:
- Termasuk Skim Latihan Dual Nasional dan program pensijilan industri.
Menjana dan mengekalkan pekerjaan
- Menjamin penyediaan 600,000 peluang pekerjaan bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (Jamin Kerja):
- Peruntukan sebanyak RM4.8 bilion.
- Kerajaan meneruskan usaha pengambilan pekerja, melalui PERKESO menerusi inisiatif insentif penggajian JaminKerja:
- Sasaran 300,000 orang; peruntukan sebanyak RM2 bilion.
- Majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja akan diberi insentif 20% daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama, dan 30% bagi enam bulan berikutnya:
- Tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.
- Majikan yang mengambil OKU, Orang Asli, dan banduan bekerja akan diberi insentif 30% daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama, dan 40% bagi enam bulan berikutnya
- Tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,200 ke atas.
- Majikan yang menggaji wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal, dan suri rumah akan diberi insentif 30% daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama, dan 40% bagi enam bulan berikutnya
- Tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,200 ke atas.
- Menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak menerusi inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP):
- 50,000 pekerjaan di sektor awam
- 30,000 pekerjaan di GLC
- Bermula Januari 2022.
- Melatih 220,000 pelatih dalam pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran:
- Peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.1 bilion.
- Antara inisiatif termasuk program latihan dengan jaminan pekerjaan (place and train); dan program peningkatan kemahiran dengan kerjasama industri:
- Keutamaan kepada kemahiran digital.
- Pelepasan cukai bagi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri:
- Naik kepada RM2,000 daripada RM1,000.
- Sehingga 2023.
- Mereka yang mengambil kursus dengan badan profesional yang diluluskan layak mendapat pelepasan cukai ke atas yuran sehingga RM7,000:
- Kursus yang diluluskan antaranya merangkumi bidang perakauan; kewangan; dan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG).
- Melanjutkan potongan cukai dua kali kepada syarikat yang memberi biasiswa kepada pelajar institusi pengajian tinggi:
- Diperluas kepada semua bidang pengajian.
Perlindungan sosial
- Penerima bantuan Program Baucar Perlindungan Tenang akan menerima baucar RM75 untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri, berbanding RM50 sebelum ini.
- Baucar juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah:
- Mulai 1 Januari 2022.
- Baucar juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah:
- Pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang, serta produk insurans atau takaful:
- Nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu
- Nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM250 bagi perusahaan mikro, kecil, dan sederhana.
- Skim MySalam akan diperluas kepada penerima BKM
- Manfaat tuntutan kos peranti perubatan MySalam dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima MySalam yang layak.
- Penerima manfaat inisiatif i-Saraan (menggalakkan pekerja sektor informal mencarum di KWSP) akan turut merangkumi mereka yang berusia 55 tahun sehingga 60 tahun:
- RM30 juta disediakan untuk lebih 100,000 peserta sedia ada dan baharu.
- RM80 juta untuk Program Kasih Suri Keluarga Malaysia (perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui KWSP dan PERKESO):
- Hingga usia 55 tahun.
- Nilai caruman PERKESO oleh kerajaan untuk pekerja sendiri dan sektor informal diteruskan dengan nilai caruman 80%:
- Manfaat diluaskan kepada sembilan kategori, antaranya petani, nelayan, penjaja, artis, ejen pelancongan, dan petugas Pemulihan Dalam Komuniti.
- Dijangka memanfaatkan lebih 810,000 pekerja.
- Meningkatkan kadar pencen minimum bawah Skim Keilatan, kepada RM550 daripada RM475:
- Dijangka membantu 56,000 isi rumah.
- Menyelaraskan faedah PERKESO kepada kos sara hidup:
- Dijangka memanfaatkan lebih 400,000 penerima faedah sedia ada.
- Meningkatkan siling gaji yang diinsuranskan daripada RM4,000 kepada RM5,000:
- Bagi menambah baik liputan keselamatan sosial bagi sembilan juta pekerja.
- Bercadang meluaskan pelepasan cukai sehingga RM4,000 kepada pencarum KWSP:
- Meliputi caruman secara sukarela, seperti mereka yang bekerja sendiri dalam sektor gig.
- Had pelepasan cukai bagi caruman PERKESO dinaikkan daripada RM250 kepada RM350:
- Skop pelepasan bagi caruman PERKESO turut diperluas meliputi caruman pekerja melalui Sistem Insurans Pekerjaan.
Pembangunan Bumiputera dan syiar Islam
- RM11.4 bilion untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan Bumiputera:
- RM6.6 bilion untuk kemudahan pendidikan anak-anak Bumiputera, antaranya bawah MARA, UiTM, dan Yayasan Peneraju:
- Untuk pinjaman pendidikan dan menarik taraf program sijil ke diploma.
- RM4.8 bilion untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan, bawah PUNB, TEKUN Nasional, dan Dana Kemakmuran Bumiputera.
- RM6.6 bilion untuk kemudahan pendidikan anak-anak Bumiputera, antaranya bawah MARA, UiTM, dan Yayasan Peneraju:
- Potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan operasi yang layak bagi meningkatkan penglibatan syarikat anchor dalam membangunkan vendor Bumiputera:
- Naik sehingga RM500,000 daripada sehingga RM300,000.
- Dilanjutkan bagi tempoh lima tahun sehingga 31 Disember 2025.
- RM200 juta bagi mengalakkan penyertaan belia Bumiputera dalam melaksanakan projek berskala kecil perolehan kerajaan:
- CIDB akan mewujudkan program accelerator khusus kepada kontraktor belia G1 hingga G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan latihan “on-the-job”:
- Peruntukan RM10 juta.
- CIDB akan mewujudkan program accelerator khusus kepada kontraktor belia G1 hingga G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan latihan “on-the-job”:
- RM1.5 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam bawah Jabatan Perdana Menteri:
- Pemberian khas RM500 sekali bayar kepada 70,000 imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir, dan guru KAFA.
- RM10 juta untuk memulakan inisiatif wakaf halal PKS, wakaf pertanian, dan wakaf bencana.
Pembangunan semua kaum
- RM200 juta untuk kaum Cina:
- Antaranya untuk melaksanakan program baik pulih rumah dan kemajuan kampung baharu, akses pembiayaan bagi penduduk kampung baharu, dan skim pembiayaan usahawan PKS.
- RM145 juta untuk kaum India:
- Antaranya untuk melaksanakan program memperkasa sosio-ekonomi bawah Unit Transformasi Masyarakat India dan dana pembiayaan bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh TEKUN.
- RM10 juta untuk mengalakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan.
- RM274 juta untuk Orang Asli:
- Antaranya bagi melaksanakan Program Peningkatan Taraf Hidup seperti pemberian subsidi, bantuan persekolahan, dan bantuan kebajikan.:
- Dijangka memberi manfaat kepada hampir 200,000 Orang Asli.
- Menaikkan kadar wang saku murid sekolah menengah kepada RM4 sehari.
- Antaranya bagi melaksanakan Program Peningkatan Taraf Hidup seperti pemberian subsidi, bantuan persekolahan, dan bantuan kebajikan.:
- Geran RM6,000 untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT):
- Dijangka memberi manfaat kepada lebih 8,000 KRT, dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.
- RM50 juta bagi kerja pembaikan, penyelenggaraan, dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan PBT:
- Turut merangkumi pelaksanaan aktiviti komuniti dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat dan penduduk setempat.
Pembangunan wanita
- Mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam:
- Dijangka berkuat kuasa 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar.
- Dijangka berkuat kuasa 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain.
- RM5 juta untuk Yayasan Kepimpinan Wanita:
- Antaranya untuk latihan kepimpinan muda dan program keusahawanan.
- RM230 juta dana pembiayaan untuk membantu usahawan wanita yang terkesan dengan Covid-19, serta meningkatkan kapasiti perniagaan mereka:
- Antaranya melalui Program DANANITA bawah MARA dan TEKUNITA bawah TEKUN.
- Melaksanakan Program MyKasih Kapital untuk mengalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah:
- Insentif dalam bentuk bantuan asas modal perniagaan dan program bimbingan:
- Dijangka memberi manfaat kepada 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal.
- Insentif dalam bentuk bantuan asas modal perniagaan dan program bimbingan:
- RM30 juta untuk menyediakan kemudahan taska di bangunan kerajaan.
- Mengalakkan majikan sektor swasta membolehkan pengaturan kerja fleksibel serta menyediakan kemudahan taska di pejabat:
- Memberikan insentif cukai.
- Meminda garis panduan bagi membenarkan taska beroperasi di aras melebihi tingkat 1 pejabat.
- Melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika:
- Sehingga tahun taksiran 2023.
- Memperuntukkan RM13 juta untuk memperkasa Bahagian D11 polis bagi siasatan seksual, wanita, dan kanak-kanak:
- Termasuk pewujudan 100 perjawatan baharu.
- Penubuhan Skuad Waja bagi program kesedaran komuniti berhubung keganasan terhadap wanita.
- Menambah Pusat Sokongan Sosial Setempat bagi melindungi kebajikan mangsa keganasan rumah tangga.
- Bekerjasama dengan NGO untuk meningkatkan bilangan Rumah Perlindungan Khas Wanita.
- Mengedarkan kit asas kebersihan diri kepada 130,000 remaja perempuan B40 menerusi Lembaga Pendudukan dan Pembangunan Keluarga Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.
- Meneruskan kempen dan pendidikan kesihatan reproduktif di sekolah dengan kerjasama NGO.
- RM11 juta untuk subsidi ujian mammogram kepada wanita berisiko tinggi dan melaksanakan ujian saringan kanser serviks.
Pembangunan komuniti tumpuan
- RM635 juta untuk bantuan kebajikan, institusi penjagaan, dan pusat aktiviti warga emas.
- Mensubsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40:
- RM30 juta disediakan dan dijangka memberi manfaat kepada 188,000 keluarga B40.
- RM24 juta bagi menangani isu masalah kurang zat dalam kalangan kanak-kanak:
- Meluaskan program Community Feeding di Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya:
- Sasaran untuk menyediakan makanan tambahan lima kali seminggu kepada 100 kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun.
- Meluaskan skop penerima bantuan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan:
- Dijangka memberi manfaat kepada 1,100 kanak-kanak.
- Menubuhkan Bank Susu Ibu untuk bayi pra-matang di hospital di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah, dan Sarawak.
- Meluaskan program Community Feeding di Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya:
- RM30 juta untuk naik taraf prasarana bangunan kerajaan supaya mesra OKU:
- Antaranya untuk menyediakan laluan khas bagi kegunaan golongan cacat penglihatan.
- RM10 juta untuk melaksanakan program latihan dan bimbingan kepada PKU melalui Pusat Latihan Berdikasi dan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan.
- Kuota khas 1% bagi golongan PKU dalam program MyStep.
- Tanggung penuh bayaran lesen kenderaan motor bagi semua kenderaan persendirian milik OKU.
- Bercadang meluaskan Program Pemulihan Dalam Komuniti (meningkatkan kemahiran kanak-kanak kurang upaya) ke universiti awam selepas USM.
Pembangunan belia dan sukan
- Menyeru pihak swasta turut memberi elaun kepada pelajar yang menjalani program latihan industri:
- Sekurang-kurangnya RM900.
- Insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berusia 18 hingga 30 tahun:
- Sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh enam bulan, berbanding RM800 sebelum ini.
- Pelan pembiayaan RM150 juta bawah Bank Simpanan Nasional dan Agrobank bagi belia yang menceburi keusahawanan.
- Bercadang melanjutkan galakan cukai bagi Program Latihan Industri Berstruktur:
- Diperluas kepada pelajar ijazah sarjana, sijil profesional, dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap I dan II.
- Sehingga tahun taksiran 2025.
- Memperkenalkan skim transaksi tanpa tunai, e-Start, bagi memupuk transaksi tanpa tunai di premis perniagaan:
- Mengkredit RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di IPT:
- Peruntukan RM300 juta; dijangka akan memberi manfaat kepada 2 juta belia.
- RM159 juta untuk membina, naik taraf, dan selenggara kemudahan sukan:
- Antaranya untuk memulakan pembinaan sebuah stadium di Pasir Putih, Kelantan merangkumi pelbagai fasiliti termasuk pusat akuatik.
- RM50 juta bagi melaksanakan program pembudayaan gaya hidup aktif dan penganjuran Hari Sukan Negara.
- RM20 juta untuk pembangunan e-sukan:
- Termasuk RM5 juta untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron.
- Pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak.
- Dana pembiayaan sehingga RM50 juta untuk meringankan keperluan kewangan pengusaha fasiliti sukan:
- Kadar faedah 0% untuk enam bulan pertama.
- Moratorium untuk enam bulan.
Meringankan kos sara hidup
- RM31 bilion untuk subsidi, bantuan, dan insentif.
- RM200 juta untuk membiayai kos pengangkutan dan pengedaran barangan asas ke kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
- KWSP melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum 9% sehingga Jun 2022.
- Melanjutkan pengecualian cukai jualan sebanyak 100% ke atas kenderaan penumpang CKD selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022.
- Melanjutkan pengecualian cukai julanan sebanyak 50% ke atas kenderaan penumpang CBU selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022.
Pemilikan rumah kediaman
- RM1.5 bilion untuk projek perumahan bagi golongan berpendapatan rendah.
- Tidak lagi mengenakan cukai keuntungan harta tanah bagi pelupusan oleh individu warganegara, pemastautin tetap, dan selain syarikat mulai tahun ke-6 dan ke atas.
- Jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan membeli rumah kepada pekerja gig, pengusaha kecil, dan petani.
Akses kemudahan pengangkutan
- Subsidi RM209 juta bagi perkhidmatan pengangkutan udara bagi pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Meneruskan subsidi kos operasi perkhidmatan kereta api kurang ekonomik di luar bandar.
- RM80 juta untuk Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti.
- RM115 juta untuk inisiatif pas perjalanan bas dan rel tanpa had.
Prasarana luar bandar
- RM2.5 bilion untuk mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah:
- RM1.5 bilion untuk pembangunan prasarana luar bandar di Sabah dan Sarawak.
- RM1.5 bilion untuk projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa:
- Sepanjang 519km; dijangka memberi manfaat kepada 130,000 penduduk.
- RM382 juta untuk bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif:
- Sasaran 4,800 buah rumah.
- RM485 juta untuk bekalan elektrik luar bandar:
- Sasaran 2,100 buah rumah.
- RM107 juta untuk memasang 7,000 unit lampu jalan kampung, menyelenggara lebih 500,000 unit lampu jalan kampung, naik taraf 20 jambatan uzur, dan kerja awalan bagi 30 jambatan baharu.
Pertahanan dan ketenteraman awam
- RM16 bilion untuk Kementerian Pertahanan.
- RM17 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri.
- RM1.6 bilion untuk pertingkat kesiagaan aset utama tentera:
- RM14 juta untuk ganti peralatan utama PASKAL dan PASKAU.
- RM230 juta untuk kerja selenggara sekolah dalam kem tentera, fasiliti ketenteraan, Rumah Keluarga Angkatan Tentera, penggantian dan pembaikan kuarters polis dan lif kuarters polis.
- Tambah lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am di Sabah dan Sarawak.
- Tambah empat pintu imigresen di Sarawak.
- RM100 juta untuk kesiapsiagaan Agensi Pengurusan Bencana Negara.
- Geran “Malaysian Incentive Community Empowerment” sehingga RM10,000 kepada 2,000 pertubuhan kebajikan, sosial, keselamatan, dan hak asasi yang berdaftar dengan JPPM:
- Peruntukan sebanyak RM20 juta.
Mengembali keupayaan perniagaan
- Pakej pembiayaan RM40 bilion bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (Semarak Niaga):
- Merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan, dan suntikan ekuiti.
- Pembiayaan kredit mikro RM1.8 bilion bagi membantu peniaga kecil melalui TEKUN, Agrobank, BSN, Bank Rakyat, dan Bank Negara:
- Skim pembiayaan informal dan mikro bawah TEKUN akan menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 pada kadar faedah 0% serta moratorium 12 bulan.
- BSN dan Agrobank akan menawarkan pinjaman mikro RM75,000 pada 0% untuk enam bulan pertama, serta moratorium sehingga enam bulan.
- RM10 juta untuk Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi bagi memulihkan aktiviti koperasi yang terjejas.
- RM30 juta untuk Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.
- Penyediaan tapak perniagaan “food truck” di bandar utama melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
- RM20 juta untuk perluasan i-TEKAD (menawarkan modal permulaan, kredit mikro, dan latihan kemahiran kepada usahawan mikro).
- RM80 juta ringgit secara geran padanan untuk Malaysia Coinvestment Fund bagi menyokong pembiayaan perniagaan melalui kaedah “equity crowd funding” dan “peer-to-peer financing”.
- Memperkenalkan kaedah padanan bernilai RM2.1 bilion melalui pelaburan ekuiti dan “quasi-equity” bagi membantu syarikat yang berdepan masalah “gearing” atau leveraj:
- Diterajui SME Bank dengan kerjasama TERAJU dan BSN dengan dana RM600 juta.
- Terbuka kepada semua usahawan.
- BPMB menawarkan skim “Rehabilitation and Support Through Equity” (RESET) bagi membantu syarikat yang berdepan masalah “gearing” atau leveraj.
- BNM menyediakan Business Recapitalization Fund bernilai RM1 bilion bagi membantu syarikat yang berdepan masalah “gearing” atau leveraj.
- Memperkenalkan SPV milik kerajaan dalam bentuk instrumen ekuiti atau instrumen lain yang berkaitan bagi membantu syarikat yang tersenarai di Bursa mendapat suntikan dana tambahan:
- Khazanah Nasional akan membantu kerajaan menyediakan prasarana untuk mentadbir dana bersaiz sekurang-kurangnya RM3 bilion.
- Tambah baik Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) untuk membantu syarikat-syarikat mendapatkan pembiayaan baharu, dengan menyediakan jaminan untuk pembiayaan yang dijadual dan distruktur semula, dengan tambahan had jaminan RM10 bilion:
- RM2 bilion dikhaskan untuk Bumiputera.
- Pengecualian duti setem ke atas dokumen transaksi penjadualan dan penstrukturan semula pembiayaan.
Kemudahan menjalankan perniagaan
- Melanjutkan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis sehingga RM300,000:
- Sehingga 31 Disember 2022.
- Melanjutkan potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 ke atas perbelanjaan sewaan premis penginapan pekerja untuk satu tahun, bagi syarikat yang berdaftar bawah Safe@Work.
- Syarikat yang beroperasi daripada premis jenis SOHO, “shared partition”, dan “co-working space” dibenarkan mendaftar sijil pendaftaran perniagaan Kementerian Kewangan:
- Bagi menambah peluang penyertaan dalam perolehan kerajaan.
- Bayaran pendaftaran sijil adalah RM150, berbanding RM450 sebelum ini.
- RM10 juta untuk menyediakan “Business Travellers Centre” di Johor untuk pelawat perniagaan jangka pendek dari Singapura, bagi memudahkan ketibaan pelawat.
- Mencadangkan penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan bagi Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022.
- Mencadangkan semua perniagaan dibenar membuat pindaan anggaran cukai pendapatan yang kena dibayar dalam bulan ke-11, sebelum 31 Oktober 2022.
- Mencadangkan potongan cukai khas sehingga Jun 2022 kepada pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30%.
- Mencadangkan kerugian terkumpul yang tidak dapat diserap boleh dibawa ke hadapan untuk tempoh daripada maksimum 7 tahun taksiran berturut-turut kepada maksimum 10 tahun taksiran berturut-turut.
Pemulihan industri pelancongan
- Pelaksanaan Program Subsidi Upah bersasar kepada pemain industri pelancongan:
- Meneruskan inisiatif khusus untuk pengusaha yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30%.
- Peruntukan sebanyak RM600 juta, dijangka memberi manfaat kepada 26,000 majikan dan 330,000 pekerja.
- Pembiayaan khusus RM600 juta bagi sektor pelancongan bawah “Penjana Tourism Financing” dan “BPMB Rehabilitation Scheme”.
- RM85 juta untuk bantuan khas bagi 20,000 pengusaha pelancongan yang berdaftar bawah kementerian:
- Untuk tempoh tiga bulan.
- RM50 juta untuk selenggara prasarana pelancongan:
- Termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad dan Lembah Bujang.
- RM30 juta untuk pemberian geran padanan bagi tujuan pembaikan kepada 738 hotel yang berdaftar bawah kementerian, serta geran pembaikan kepada pemilik inap desa berdaftar.
- RM50 juta untuk pemberian geran padanan kepada syarikat yang menganjurkan program seni dan budaya.
- RM60 juta untuk dana galakan bagi tujuan aktiviti promosi serta galakan pelancongan domestik.
- Melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pelancongan domestik sehingga RM1,000:
- Sehingga tahun taksiran 2022.
- RM20 juta untuk “Malaysia Healthcare Travel Council” bagi menggiatkan usaha pemulihan industri pelancongan kesihatan.
- Melanjutkan beberapa galakan cukai kepada penganjur aktiviti kesenian dan kebudayaan, dan pertandingan sukan dan rekreasi:
- Termasuk pengecualian cukai pendapatan.
- Sehingga tahun taksiran 2025.
- Melanjutkan pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan di Wilayah Persekutuan dan pengecualian cukai pelancongan:
- Sehingga 31 Disember 2022.
- Negeri disaran beri pengecualian duti hiburan.
Pemulihan industri peruncitan
- RM250 juta untuk meneruskan kempen “Shop Malaysia Online” dan “Go-eCommerce Onboarding” bagi membantu peralihan kepada khidmat digital.
- RM33 juta untuk “Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia”, “Program Jualan Malaysia”, dan “Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung” bagi merancakkan penghasilan dan pembelian produk tempatan.
- PERNAS akan menyediakan RM74 juta antaranya untuk program latihan dan bimbingan perniagaan, dan skim pembiayaan mudah 0%, selama enam bulan pertama serta moratorium.
Pemulihan industri pertanian, jaminan makanan, dan komoditi
- RM1.7 bilion untuk pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian dan perikanan:
- RM1.5 bilion bagi subsidi benih, baja, harga, dan pengeluaran padi, termasuk baja padi huma.
- RM150 juta insentif hasil tangkapan nelayan.
- RM120 juta untuk meningkatkan jaminan bekalan makanan:
- Projek jaminan bekalan makanan di beberapa negeri, termasuk pembangunan industri akuakultur dan estet kerang-kerangan di Johor.
- Program pemantapan jaminan bekalan makanan bagi menyediakan kemudahan logistik dan pusat penyimpanan stok bekalan makanan dan hasil pertanian segar berteknologi tinggi.
- Program bantuan insentif makanan ternakan ruminan melalui skim harga bersubsidi dedak isi rong sawit.
- Program galakan usahawan tekno perusahan kecil dan sederhana.
- Mencadangkan tanah milik kerajaan dan rizab Melayu yang terbiar dan tidak dibangunkan disewakan bagi projek pertanian atau perniagaan.
- Agrobank dan BNM akan menyediakan program pembiayaan sehingga RM1.25 bilion
- RM1.3 bilion untuk FELDA bagi tujuan pakej pemulihan dan pembangunan peneroka.
- RM495 juta untuk manfaat peserta FELCRA.
- RM699 juta untuk kemajuan pekebun kecil bagi perusahaan getah RISDA.
- Melaksanakan Program Transformasi Perusahaan Getah Negara yang bertujuan menyatukan pekebun kecil, usahawan getah, dan koperasi kecil dalam satu konsortium:
- Agar mampu untuk memperoses getah sekerap ke bentuk getah krip.
- Memperkenal dan memperluas penggunaan teknologi RRIM Hydrobest kepada pekebun kecil melalui geran padanan.
- RM190 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh bagi membantu meringankan beban sara hidup 320,000 pekebun kecil yang hilang pendapatan semasa musim tengkujuh.
- RM5 juta untuk perlindungan takaful kepada semua peladang PPK, bawah Skim Perlindungan Takaful Smart Card Peladang.
- RM35 juta untuk Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil.
- RM20 juta untuk usaha menangani kempen anti-minyak sawit.
- Menaikkan nilai ambang kenaan levi keuntungan luar biasa kelapa sawit:
- Daripada RM2,500 kepada RM3,000 bagi Semenanjung.
- Daripada 3,000 kepada RM3,500 bagi Sabah dan Sarawak.
- Kadar levi Sabah dan Sarawak diselaraskan kepada 3%.
Pemerkasaan komuniti
- RM100 juta disediakan secara geran padanan dengan sumbangan yayasan milik GLC kepada NGO untuk biaya program sosial membantu golongan rentan:
- Dari segi pendidikan, penjanaan pendapatan, dan kesihatan mental
Projek pembangunan untuk pemulihan
- Meneruskan projek kecil dan sederhana bernilai RM2.9 bilion yang dikhususkan kepada kontraktor kelas G1 ke G4:
- Melibatkan projek selenggara jalan; baik pulih prasarana dan peralatan usang universiti awam, politeknik, dan kolej komuniti; dan projek melibatkan ameniti sosial di luar bandar.
Pembangunan antara wilayah
- RM20 juta bagi setiap negeri untuk projek berkenaan jaminan makanan, pelancongan, serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
- RM5.2 bilion kepada Sabah untuk perbelanjaan pembangunan:
- Untuk melaksanakan projek prasarana air, elektrik, dan jalan raya; kemudahan kesihatan dan pendidikan.
- RM4.6 bilion kepada Sarawak untuk perbelanjaan pembangunan.
- Untuk melaksanakan projek prasarana air, elektrik, dan jalan raya; kemudahan kesihatan dan pendidikan.
Ketersambungan digital
- RM700 juta untuk meneruskan usaha ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 630 buah sekolah.
- RM30 juta untuk menyediakan kemudahan internet di 40 PPR.
- Meluaskan perkhidmatan 5G kepada 36% daripada kawasan kepadatan tinggi, termasuk bandar utama di Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah, dan Sarawak.
- RM200 juta untuk Skim Geran Pendigitalan PKS:
- RM50 juta untuk usahawan mikro Bumiputera di luar bandar.
- Memperkenalkan “Malaysia Digital Nomad” untuk mewujudkan komuniti nomad digital dan ekosistem nomad digital.
Konsolidasi fiskal dan kemampanan hasil
- Berhasrat memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal tahun depan, bagi meningkatkan tadbir urus, akauntabiliti, dan ketelusan dalam pengurusan fiskal negara.
- Melaksanakan “Public Expenditure Review” dengan kerjasama Bank Dunia bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan awam tanpa menjejaskan sistem penyampaian awam.
- Layanan cukai sama rata:
- Kadar duti setem nota kontrak dinaikkan kepada 0.15% daripada 0.1%.
- Had duti setem RM200 setiap nota kontrak dimansuhkan.
- Aktiviti pembrokeran dagangan saham tersenarai tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan.
- Cukai pendapatan dikenakan kepada pemastautin ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan diterima di Malaysia:
- Mulai 1 Januari 2022.
- Cukai jualan dikenakan ke atas barang bernilai rendah dari luar negara yang dijual oleh peniaga dalam talian dan dihantar kepada pengguna di Malaysia melalui kurier udara.
- Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penghantaran barang yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan:
- Termasuk platform e-dagang kecuali perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman serta perkhidmatan logistik.
- Memperkenalkan secara berfasa Program Khas Pengakuan Sukarela Jabatan Kastam Diraja Malaysia:
- Insentif remisi penalti sebanyak 100% bagi fasa pertama.
- Insentif remisi penalti sebanyak 50% bagi fasa kedua.
- Remisi cukai juga akan dipertimbangkan bagi kes tertentu.
- Sijil Pematuhan Cukai LHDN akan jadi sebahagian pra-syarat untuk syarikat menyertai perolehan kerajaan:
- Bermula 1 Januari 2023.
- Penggunaan nombor pengenalan cukai (TIN) akan dilaksanakan bagi memperluaskan asas cukai pendapatan:
- Mulai 2022.
Kebajikan penjawat awam
- Menurunkan kadar keuntungan skim pembiayaan komputer dan telefon pintar untuk penjawat awam, daripada 4% kepada 2%.
- Gantian cuti rehat dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.
- Melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50% atau 80 hari:
- Mengambil kira keperluan seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak.
- Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700.
- Bantuan Khas Kewangan kepada 1 juta pesara kerajaan sebanyak RM350.