Vigneswaran kini Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan

Vigneswaran kini Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan

Sebelum ini bekas Presiden MIC, S Samy Vellu pernah dilantik sebagai Duta Khas Infrastruktur bagi India dan Asia Selatan ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Perdana Menteri Ismail Sabri memperkenalkan Presiden MIC S A Vigneswaran sebagai Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan dalam salutasi ucapannya Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2021 di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) malam ini.
KUALA LUMPUR:
Presiden MIC, S A Vigneswaran kini merupakan Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan.

Jawatan terbaharu itu disebut Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob ketika berucap mengumumkan nama pemimpin yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2021 di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).

“Yang berhormat S A Vigneswaran yang merupakan Presiden MIC, mewakili masyarakat komuniti India yang juga Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan,” katanya ketika mengumumkan antara pemimpin yang hadir ke majlis itu.

Sebelum ini bekas Presiden MIC, S Samy Vellu turut pernah dilantik sebagai Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak pada 2011, bagaimanapun pun jawatan itu dimansuhkan ketika Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada 2018.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.