5,859 kes Covid-19, 1 kluster

5,859 kes Covid-19, 1 kluster

Jumlah jangkitan kini 2,581,747 kes.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan 5,859 kes harian baharu Covid-19 dan 4,970 pesakit sembuh.

Ini menjadikan keseluruhan 2,482,284 daripada 2,581,747 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 529 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), 420 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 109 disyaki dijangkiti.

Sementara itu, 261 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 169 pesakit Covid-19 positif dan selebihnya 92 disyaki positif.

Hisham berkata, 5,840 jangkitan tempatan hari ini, terdiri daripada 5,629 warganegara dan 211 lagi bukan warganegara. Terdapat juga 19 kes yang diimport.

Tambahnya daripada jangkitan baharu itu, hanya 1.7 % adalah kes Kategori 3, 4 dan 5.

Bagi nilai R-Naught negara direkodkan berada pada kadar 0.92, dengan Putrajaya mempunyai kadar R-Naught tertinggi 1.03, diikuti dengan Kuala Lumpur 1.00.

Hisham juga berkata hanya terdapat satu kluster dilaporkan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.