
Dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen, KKM bagaimanapun berkata, pengesanan aktif kes harian di semua klinik kesihatan di Kuala Lumpur mendapati 150 orang kanak-kanak dalam kalangan keluarga B40 mengalami masalah itu.
KKM berkata, faktor ekonomi keluarga B40 dikenal pasti menjadi punca utama.
“Bagi mengatasi masalah bantut ini, kanak-kanak dari keluarga miskin tegar dan miskin akan diberi bantuan bakul makanan yang bernilai RM200 setiap bulan sehingga mereka pulih.
“Selain itu, kanak-kanak ini menerima pemeriksaan kesihatan dan status pemakanan secara bulanan semasa lawatan ke klinik kesihatan atau lawatan ke rumah,” kata KKM.
Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) meminta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah bantut dalam kalangan keluarga B40 di Kuala Lumpur dan langkah-langkah yang diambil KKM untuk mengatasi isu ini.