
Daripada jumlah itu, tujuh kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,862.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 10 kes, diikuti Sabah (tujuh); Perak dan Sarawak (masing-masing empat), Kuala Lumpur (dua) dan Kedah, Pahang, Pulau Pinang serta terengganu (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 60,778 kes aktif dilaporkan, termasuk 396 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 211 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,690 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,688,149.