ADUN Perak ditahan dalam serbuan kelab malam, didakwa positif dadah

ADUN Perak ditahan dalam serbuan kelab malam, didakwa positif dadah

FMT sedang mengesahkan dengan polis dakwaan seorang ADUN Perak ditahan polis dalam serbuan ke atas sebuah kelab malam.

Difahamkan ADUN berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk polis memohon perintah reman. (Gambar Bernama)
BUKIT MERTAJAM:
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dikatakan ditahan selepas didakwa positif dadah susulan serbuan ke atas sebuah kelab malam di Perai, semalam.

Sumber polis memberitahu ADUN berkenaan ditemui bersama 35 yang lain di kelab malam itu.

Difahamkan ADUN itu dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk permohonan perintah reman.

Keputusan prosiding reman masih belum diketahui, namun difahamkan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

FMT sedang mengesahkan hal ini dengan polis Seberang Perai Tengah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.