
Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan, keadaan cuaca buruk diramal melanda seluruh Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.
Keadaan sama juga diramal berlaku di Kedah, iaitu di Kubang Pasu; Padang Terap; Kuala Muda; Sik; Baling; Kulim; dan Bandar Baharu.
Sementara itu, Kerian, Larut; Matang dan Selama; Hulu Perak; Kuala Kangsar; Manjung; Kinta; Perak Tengah; Kampar; Batang Padang; dan Muallim di Perak turut terkesan.
Cuaca sama turut akan dialami di Kelantan (Pasir Mas; Jeli; Tanah Merah; Machang; Kuala Krai; dan Gua Musang), Terengganu (Besut; Hulu Terengganu; Dungun; an Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron; Jerantut; Bentong; Maran; Kuantan; Bera; Pekan; dan Rompin).
Amaran turut dikeluarkan untuk Selangor (Hulu Selangor; Gombak; Petaling; Hulu Langat; dan Sepang) dan Johor (Tangkak; Segamat; Muar; Batu Pahat; Kluang; Mersing; dan Kota Tinggi), lapor Bernama.
Di Sarawak, kawasan-kawasan terkesan termasuk Kapit, Bintulu dan Miri (Subis) manakala di Sabah, di Pedalaman (Sipitang; Tenom; Kuala Penyu; Beaufort; dan Nabawan), Pantai Barat (Papar; Putatan; Penampang; Kota Kinabalu; Tuaran; dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid; Kinabatangan; Beluran; dan Sandakan) dan Kudat.