
Mayat mangsa, Muhammad Hamirul Abdullah dijumpai anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada 10.30 malam.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.07 malam.
Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.
“Berdasarkan laporan awal, mangsa dipercayai lemas ketika mandi di sungai itu.
“Kita segera menjalankan proses pencarian di sekitar lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan, menurut Harian Metro.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.