Kongres Kebangsaan DAP 20 Mac

Kongres Kebangsaan DAP 20 Mac

Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada 13 Januari lalu.

Kongres Kebangsaan DAP yang sepatutnya diadakan pada 20 Jun tahun lepas ditangguh berikutan situasi semasa Covid-19. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kongres Kebangsaan DAP akan diadakan pada 20 Mac depan bertempat di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan parti, Loke Siew Fook, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada 13 Januari lepas.

“Penangguhan Kongres Kebangsaan sebelum ini dibenarkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (JPPM) disebabkan pelbagai sekatan pergerakan rentas negeri akibat pandemik Covid-19.

“Tarikh yang ditetapkan adalah selaras dengan nasihat daripada JPPM supaya Kongres Kebangsaan Parti DAP diadakan sebelum 31 Mac 2022,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, semua perwakilan yang layak menghadiri kongres itu perlu hadir secara fizikal bagi proses pengundian Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dan agenda mesyuarat yang lain dengan syarat mereka mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) persidangan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Kongres Kebangsaan DAP yang sepatutnya diadakan pada 20 Jun tahun lepas ditangguh berikutan situasi semasa Covid-19 dan PKP 3.0 yang melarang sebarang bentuk mesyuarat serta perhimpunan daripada diadakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.