
Operasi Colin (Ops Colin) bermula pada 2.10 petang itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Menurut Timbalan Ketua JSJN Kuala Lumpur Mohd Shokri Abdullah, polis menahan seorang wanita di luar pangsapuri sebelum dibawa ke sebuah unit di kediaman terbabit.
“Hasil serbuan, kita menahan tiga lelaki dan seorang wanita selain merampas 11.6kg syabu dan 10 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM418,061 serta wang tunai RM722.
“Semakan mendapati semua suspek berusia antara 27 hingga 54 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sudah beberapa kali ditangkap berkaitan kes narkotik,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut laporan Berita Harian.
Beliau berkata, tiga suspek lelaki masih bujang manakala dua suspek wanita sudah berkahwin dan mempunyai anak.
“Ujian saringan awal polis ke atas semua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.
Menurutnya, semua dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan mampu menampung keperluan 23,235 pengguna dadah.
Semua suspek direman tujuh hari sehingga 1 Mac dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.