MB Negeri Sembilan positif Covid-19

MB Negeri Sembilan positif Covid-19

Aminuddin Harun yang sudah menerima dos penggalak, sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga tamat tempoh yang ditetapkan KKM.

Aminuddin Harun akan terus memantau dan menjalankan tugasnya yang sesuai sepanjang tempoh kuarantin, menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.
SEREMBAN:
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun disahkan positif Covid-19, semalam.

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Aminuddin, yang sudah menerima dos penggalak, sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga tamat tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan RTK-Antigen dan mendapat keputusan negatif Covid-19 ialah pada Isnin (21 Feb),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan Aminuddin akan terus memantau dan menjalankan tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh kuarantin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.