
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan senarai calon gabungan itu berkata, Sahruddin akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong.
Dalam pada itu, Bersatu turut mempertaruhkan Ketua Penerangannya di Johor, Mohd Solihan Badri di DUN Gambir, iaitu kerusi yang disandang Muhyiddin sebelum ini.
Solihan memenangi DUN Tenang dengan majoriti 1,070 undi pada pilihan raya umum ke-14 lalu.
Parti itu turut mengekalkan bekas Exco Johor, Tosrin Jarvanthi di DUN Bukit Permai.
Bekas ahli PKR, Chong Fat Full pula akan bertanding di kerusi Tangkak, manakala Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin bertanding di DUN Pulai Sebatang.
‘Sementara itu bekas ahli PKR yang memenangi kerusi Pemanis dalam PRU lalu, Chong Fat Full akan bertanding di DUN Tangkak mewakili sayap bersekutu Bersatu’
Ketika berucap sebelum pengumuman calon, Muhyiddin berkata, PN yakin mampu menawan Johor dengan mempertaruhkan calon-calon yang bersih.
“Antara langkah pertama kita putuskan setiap calon dari PN akan mengangkat sumpah atau aku janji untuk menolak rasuah, salahguna kuasa dan berpegang kepada perintah serta akan melaksana tanggungjawab dan amanah sejujurnya.
“Kita buat di Melaka sebelum ini dan saya lihat hanya PN sahaja berani untuk minta supaya calon angkat sumpah supaya mereka menjauhkan diri dari amalan rasuah dan salah guna kuasa sebab itu bagi kami tugas dan tanggungjawab yang amat berat,” katanya.
Katanya setiap calon yang dipilih tidak kira dari parti mana ia tetap mewakili PN.
“Menang PAS menang Bersatu, menang Bersatu menang PAS, menang Gerakan menang PAS, menang Bersatu,” katanya.
Berikut adalah senarai calon PN:
- N01 Buloh Kasap – Norazman Md Diah
- N02 Jementah – Maimunah Safwah Musa
- N03 Pemanis – Uzzairismail
- N04 Kemelah – Normala Sudirman
- N05 Tenang – Ahmad Humaizi@Uzir
- N06 Bekok – Tan Lek Khang
- N07 Bukit Kepong – Sahruddin Jamal
- N08 Bukit Pasir – Muhd Nur Iqbal Abd Razak
- N09 Gambir – Mohd Solihan Badri
- N10 Tangkak – Dr Chong Fat Full
- N11 Serom – Rahmat Daud
- N12 Bentayan – Tan Kok Hong
- N13 Simpang Jeram – Zarul Salleh
- N14 Bukit Naning – Mahadzirabu Said
- N15 Maharani – Abd Aziz Talib
- N16 Sungai Balang – Zainudin Sayuti
- N17 Semerah – Ariss Samsudin
- N18 Sri Medan – Othman Kepol
- N19 Yong Peng – Yong Fui Ling
- N20 Semarang – Shazani A Hamid
- N21 Parit Yaani – Ahmad Nawfal Mahfodz
- N22 Parit Raja – Zulkifli Mat Daud
- N23 Penggaram – Sia Wee Yet
- N24 Senggarang – Khairul Faizi Ahmad Kamil
- N25 Rengit – Huzair Lajis
- N26 Machap – Azlisham Azahar
- N27 Layang-layang – Alagathiran Krishnan
- N28 Mengkibol – Wong Chan Giap
- N29 Mahkota – Mohamad Nor Lingan
- N30 Paloh – Selvendran Velu
- N31 Kahang – Daud Yusof
- N32 Endau – Alwiyah Talib
- N33 Tenggaroh – Roslan Nikmat
- N34 Panti – Hasan Rasid
- N35 Pasir Raja – Jawahir Husein
- N36 Sedili – Mohd Hasnolhadi Mohd Sebalas
- N37 Johor Lama – Alias Rasman
- N38 Penawar – Faizal Asmar
- N39 Tanjung Surat – Selamat Ujud
- N40 Tiram – Karim Deraman
- N41 Puteri Wangsa – Loh Kah Yong
- N42 Johor Jaya – Dr Ker Ching Sheng
- N43 Permas – Arifin Nasri
- N44 Larkin – Zulkifli Bujang
- N45 Stulang – Yap Chiang Youis
- N46 Perling – Khoo Siaw Lee
- N47 Kempas – Faizal Abdullah
- N48 Skudai – Khoo Kong Ek
- N49 Kota Iskandar – Samsudin Ismail
- N50 Bukit Permai – Tosrin Jarvanthi
- N51 Bukit Batu – Tan Heng Choon
- N52 Senai – Yeo Kwee Kwang
- N53 Benut – Isa Ab Hamid
- N54 Pulai Sebatang – Abdullah Husin
- N55 Pekan Nanas – Tan Chin Hock
- N56 Kukup – Mahathir Iskandar Muhammad