Rujuk AGC, kata Ayob berkait dakwaan rasuah Thomas, tuduhan dadah anak hartawan

Rujuk AGC, kata Ayob berkait dakwaan rasuah Thomas, tuduhan dadah anak hartawan

Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sudah menyelesaikan siasatan berkenaan kes itu pada Dis 2019.

Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sudah menyelesaikan siasatan kes pada Dis 2019.
PETALING JAYA:
Sebarang persoalan berhubung dakwaan Tommy Thomas menerima rasuah ketika mengendalikan kes anak ahli perniagaan, Vincent Tan atas kesalahan berkaitan dadah perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sudah menyelesaikan siasatan kes itu pada Dis 2019.

Malah ujarnya, bekas peguam negara itu juga telah membuat kenyataan mengenai perkara tersebut.

Mengulas lanjut, Ayob membuat keputusan untuk mendakwa suspek mengikut seksyen berkaitan tertakluk kepada arahan daripada AGC.

“Polis hanya jalankan siasatan dan hantar kertas siasatan itu kepada AGC. Mereka akan menentukan, sama ada nak tuduh atau sebaliknya.

“Setakat ini, kita tidak menerima laporan baharu membabitkan dakwaan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, dilaporkan Thomas menafikan dakwaan bahawa beliau menerima rasuah untuk menutup kes anak taikun terbabit yang ditahan pada 2019.

Dalam surat yang dihantar kepada The Vibes pada 19 Feb, Thomas berkata, dia tidak pernah membayar atau menerima rasuah sepanjang berkhidmat sebagai peguam negara.

Dalam perkembangan lain, Ayob berkata, JSJN Bukit Aman merampas 745.9kg dadah bernilai lebih RM10 juta dalam serbuan di seluruh negara yang merupakan sebahagian daripada “Op Tapis Khas” dari 23 hingga 25 Feb susulan operasi serupa bulan lepas.

Beliau berkata, 4,579 orang, berusia antara 14 dan 60 tahun, ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah semasa operasi itu.

“Suspek disiasat mengikut seksyen berlainan Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu dikendalikan bersama oleh JSJN Bukit Aman dan jabatan serupa di seluruh negara, membabitkan 1,733 pegawai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.