Tiada lagi perubahan status sebagai kontak kasual di MySejahtera, kata KJ

Tiada lagi perubahan status sebagai kontak kasual di MySejahtera, kata KJ

Menteri Kesihatan itu sebaliknya berkata individu berkenaan hanya akan menerima notifikasi memaklumkan mereka adalah kontak kasual.

Khairy Jamaluddin berkata, orang ramai yang dikesan sebagai kontak kasual (kuning) kepada kes positif Covid-19 dan bergejala perlu mengasingkan diri dan lakukan ujian kendiri.
KUALA LUMPUR:
Tiada lagi perubahan status di aplikasi MySejahtera sekiranya orang ramai dikesan sebagai kontak kasual (kuning) kepada kes positif Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, sebaliknya individu berkenaan hanya akan menerima notifikasi memaklumkan mereka adalah kontak kasual.

“Sebelum ini apabila ‘MySJ trace/check-in’ mengesan anda sebagai kontak kasual kes positif, status di MySJ akan bertukar kepada kontak kasual (kuning).

“Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri,” katanya di Twitter.

Khairy turut memuat naik poster mengenai langkah meningkatkan penilaian kendiri Covid-19 Kementerian Kesihatan: Tingkatkan Penilaian Kendiri Covid-19 merangkumi lima peringkat, iaitu 1: Test (Uji), 2: Report (Lapor), 3: Isolate (Asing), 4: Inform (Maklum) dan 5: Seek (Dapatkan rawatan).

Poster berkenaan antaranya menggesa orang ramai mendapatkan rawatan segera di pusat perubatan atau Pusat Penilaian Covid-19 sekiranya alami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.