
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, pegawai kanan itu dipanggil oleh Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada 8 malam, semalam, dan dibenarkan pulang pada 11 malam selepas direkodkan keterangan.
Katanya, selain itu suspek yang menyebarkan video berkenaan juga dipanggil untuk direkod keterangan, pada hari sama.
Farouk berkata, lelaki terbabit bekerja sebagai pengawal keselamatan, selain menjadi sukarelawan dalam Angkatan Pertahanan Awam (APM).
“Setelah selesai keterangan direkodkan, suspek kemudian ditangkap kerana positif dadah jenis methamphetamine serta memiliki aplikasi perjudian dalam talian di telefon bimbit miliknya,” katanya dalam kenyataan.
Suspek berkenaan direman selama tiga hari.
Tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Khamis lalu, menyebabkan empat mangsa maut selain tragedi itu menjejaskan 15 kediaman dan 10 kenderaan.