2 suspek samun nenek dicekup

2 suspek samun nenek dicekup

Tangkapan telah dilakukan pada 27 dan 28 Mac secara berasingan membabitkan warganegara berumur 35 dan 29 tahun.

Tangkap layar video memaparkan mangsa disamun dua lelaki bersenjatakan parang di Bandar Tun Razak, Cheras, Sabtu lalu.
PETALING JAYA:
Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun ke atas seorang wanita warga emas membabitkan kerugian kira-kira RM25,000 di Bandar Tun Razak, Cheras, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar berkata, tangkapan terhadap kedua-dua suspek dilakukan pada Ahad dan semalam secara berasingan.

Idzam berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun manakala tangkapan kedua membabitkan suspek berusia 29 tahun yang kedua-duanya mempunyai 18 rekod jenayah lampau antaranya membabitkan kes samun dan dadah.

Tonton video di sini.

“Berdasarkan hasil risikan, suspek pertama yang berumur 35 tahun diberkas lebih kurang pukul 12.15 pagi.

“Polis sekali lagi melakukan serbuan sekitar pukul 11 pagi keesokannya (Isnin) dan berjaya menahan suspek kedua berumur 29 tahun serta merampas peralatan yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut berserta wang tunai RM5,300,” katanya dalam kenyataan hari ini

Idzam berkata, reman ke atas suspek pertama dibenarkan selama enam hari hingga 1 April depan manakala suspek kedua pula selama tujuh hari hingga 4 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Katanya, penahanan kedua-dua suspek ini, kita berjaya menyelesaikan enam kes samun, masing-masing dua di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan empat di IPD Dang Wangi.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang warga emas disamun dua lelaki bermotosikal yang bersenjatakan parang menyebabkan dia kerugian RM25,000 dalam kejadian di Bandar Tun Razak, Cheras dekat sini Sabtu lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.