
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu turut menyita 44 motosikal dan saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar ibu negara.
Kesemua kenderaan yang disita dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kawasan sekitar Dataran Merdeka dan ibu negara dipenuhi pengunjung yang memandu sambil menekan pendikit minyak secara semborono dan membuat bising.
Bagaimanapun, keseronokan mereka tidak lama apabila sekitar jam 2 pagi, sepasukan polis dari JSPT Kuala mula menutup jalan di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut di sini dan menyita kenderaan terbabit.