
Daripada jumlah itu, sebanyak 342 kes atau 60.9% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 220 kes atau 39.1% adalah Kategori 3,4 dan 5.
Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 147 kes diikuti Pulau Pinang (57) dan Perak (53.
Sementara itu, sebanyak 585 pesakit dibenarkan keluar semalam.
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 253 atau 29% daripada jumlah kapasiti.
Katil ICU melebihi penggunaan 50% kapasiti adalah Kuala Lumpur (60%) dan Selangor (50%).
Sejumlah 157 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 18% daripada jumlah keseluruhan.
Tiada kluster baharu direkodkan semalam menjadikan kluster keseluruhan setakat ini kekal 6,940 dengan 181 daripadanya aktif.
Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.85.