
Mahathir dalam hantarannya, hari ini, turut memberi contoh perbuatan mencuri seekor ayam boleh dimasukkan dalam penjara serta merta.
“Ini keadilan di Malaysia. Curi seekor ayam masuk penjara serta merta. Oleh itu curi berbillion. Didapati salah oleh mahkamah. Bagi balik setengah billion. Bebas.”
Bekas perdana menteri itu berspekulasi dengan mendakwa,”Belum jadi. Tetapi boleh jadi. Saya agak-agak sahaja,” katanya. Beliau berkata, “Ya. Saya akan dipanggil untuk soal siasat.”
Mahathir berkata, dipanggil pihak berkuasa bertujuan untuk menakutkan orang. “Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay.”
Pada Jul 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan rasuah.
Bagaimanapun, beliau diberikan penangguhan menjalani hukuman penjara dan denda sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.