Lelaki ditemui mati kena tetak

Lelaki ditemui mati kena tetak

Mangsa ditemui mati dengan kesan tetak di muka, leher dan tangan di hadapan sebuah kedai makan di Serdang, pagi semalam.

Kejadian itu dipercayai melibatkan lebih daripada seorang suspek, menurut polis.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetak di muka, leher dan tangan di hadapan sebuah kedai makan di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, awal pagi semalam.

Mangsa sebelum itu ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam sebelum membuat laporan polis pada 5.56 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan, berdasarkan siasatan awal, mangsa adalah lelaki tempatan berusia 30 tahun yang tinggal di Taman Bukit Serdang.

“Hasil siasatan di tempat kejadian, mangsa didapati dibunuh dengan senjata tajam seperti parang dengan kesan tetakan ditemui pada muka, leher dan tangan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya dalam kenyataan, hari ini, menurut laporan Berita Harian.

Anbalagan berkata, polis percaya kejadian itu melibatkan lebih daripada seorang suspek dan pihaknya masih berusaha mengesan semua yang masih bebas.

“Siasatan diteruskan termasuk menyiasat motif pembunuhan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.