
Pengarah Jabatan Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Azri Ahmad berkata, kesimpulan awal daripada pemerhatian doktor mendapati status kematian adalah akibat jangkitan akut pada paru-paru kronik dengan tuberkulosis pulmonari dan Covid-19.
“Bedah siasat telah dijalankan di hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Ahad lalu dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azri walau bagaimanapun berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS, akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner untuk keputusan.
Terdahulu, media melaporkan tahanan berusia 42 tahun itu meninggal pada jam 6.35 petang oleh HTAA selepas ditemukan tidak sedarkan diri oleh pegawai penjara yang bertugas mengagihkan makanan berbuka puasa.
Tahanan dari Penjara Penor itu menjalani hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sejak 21 Mac lalu dan dijadualkan menghadiri sebutan semula kesnya pada 14 April ini.