
Ketua Polis Daerah Arau, Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya sedang menunggu laporan rasmi perubatan daripada Hospital Tuanku Fauziah.
“Apabila terima laporan rasmi nanti, kami akan menyerahkan kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya. Kemudian, kita akan tengok keputusan untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Sebelum ini, media melaporkan lelaki berusia 51 tahun itu yang juga penganggur didakwa meliwat anak kandungnya berusia empat tahun.
Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit di bahagian dubur kepada neneknya yang tinggal bersebelahan rumah mereka sebelum laporan polis dibuat.
Susulan itu, lelaki terbabit direman enam hari berakhir hari ini.