
Pengumuman itu dibuat dalam sebuah majlis di Chukai, Kemaman, Terengganu hari ini, di mana Ismail sendiri menyampaikan pampasan itu kepada bekas pekerja terbabit.
“Setelah lebih tujuh tahun kes mereka dibicarakan di mahkamah, akhirnya ia diselesaikan dengan pemberian pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta.
“Penerima pampasan akan menerima cek berjumlah di antara RM3,000 hingga RM21,000,” katanya menerusi Twitternya.
Kes pemberhentian pekerja itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas kilang keluli di Kemaman itu menamatkan operasinya pada November 2014.
Pekerja terbabit diberitahu pada Julai 2014 bahawa syarikat itu menghadapi masalah kewangan dan penstrukturan semula operasi perniagaannya akan dilakukan.