Sime Darby Plantation kemuka laporan pada CBP AS dalam usaha menarik kembali WRO

Sime Darby Plantation kemuka laporan pada CBP AS dalam usaha menarik kembali WRO

Tujuan laporan itu bagi menunjukkan pematuhan penuh syarikat berkenaan dengan peraturan import Amerika Syarikat (AS) dan piawaian buruh antarabangsa.

Sime Darby Plantation berusaha untuk menarik kembali perintah pelepasan penahanan (WRO) selepas mengemukakan laporan kepada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS.
KUALA LUMPUR:
Sime Darby Plantation Bhd (SDP) pada Selasa mengemukakan laporan kepada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat bertujuan sebagai usaha menarik kembali perintah pelepasan penahanan (WRO), yang dikenakan ke atas syarikat itu, sejak Disember 2020.

Laporan itu termasuk penilaian terperinci mengenai operasi Malaysia oleh syarikat yang dicartakan terhadap setiap petunjuk buruh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), kata SDP dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

“Tujuan laporan ini adalah untuk menunjukkan pematuhan penuh SDP dengan peraturan import Amerika Syarikat dan piawaian buruh antarabangsa.

“SDP mempunyai kawalan dalaman dan sistem bagi melindungi hak pekerja dan memastikan kesejahteraan mereka sambil menangani dan menghapuskan kewujudan mana-mana petunjuk yang mungkin untuk buruh paksa,” kata SDP.

Syarikat perladangan itu menjelaskan bahawa penilaian melibatkan penerangan mendalam mengenai struktur tadbir urus dan sistem pengurusan yang lebih baik; salinan dasar, garis panduan dan prosedur operasi standard.

Ia juga termasuklah butiran kemudahan di unit operasi SDP; bukti sokongan yang sepadan; dan laporan bebas daripada perunding pihak ketiga yang dilantik oleh syarikat untuk menilai pelbagai aspek operasinya.

WRO tersebut dikeluarkan oleh CBP pada 30 Dis 2020, dan notis penemuan kemudiannya dikeluarkan oleh CBP pada 28 Jan 2022.

Notis penemuan itu membolehkan pihak berkuasa AS merampas minyak sawit dan produk minyak sawit yang dibuat sepenuhnya atau sebahagiannya dengan minyak sawit yang asalnya daripada SDP.

Syarikat itu berkata ia akan terus bekerjasama dan melibatkan diri dengan CBP bagi mengubah suai notis penemuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.