
Ketua Polis Langkawi, Shariman Ashari berkata, rakaman percakapan telah diambil dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.
“Semua yang ditangkap diberi jaminan polis,” katanya melalui aplikasi WhatsApp.
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun dipercayai dipukul beberapa pelajar lain, seperti yang tular dalam satu klip video.
Kejadian pada 9 pagi kelmarin itu dikatakan berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan pelajar lain. Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu pagi semalam.
Polis menahan 13 pelajar Tingkatan 4 terbabit dengan 12 pelajar ditahan pada 12.30 tengah hari manakala seorang lagi ditahan 3 petang semalam.