
Komander Operasi, Rary Binjie berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sandi Utih, 81, ditemui sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Batu Niah pada 8.36 malam tadi dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
“Ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan balik dari kediaman anak lelakinya menuju ke rumahnya kira-kira jam 4 petang dengan menggunakan laluan belakang kebun kelapa sawit.
“Bagaimanapun suami mangsa memberitahu anaknya bahawa mangsa belum sampai di rumah meskipun hari sudah beransur gelap,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Ekoran itu, anaknya menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan mencari ibunya, kata beliau.
Difahamkan, jarak kediaman mangsa dan rumah anaknya sejauh 300 meter.