
Dalam keadaan kira-kira 5 pagi itu, mangsa, Jaafa Hasan, 62, yang mengalami kecederaan di kedua-dua kaki dan paha kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Port Dickson, lapor Sinar Harian.
Difaham kejadian berlaku ketika Jaafa sedang menjala udang di tebing Sungai Linggi sebelum diserang reptilia berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Tanjung Agas, Hairi Dahlan berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian kepada Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.
Katanya, Sungai Linggi sememangnya diketahui mempunyai pupulasi buaya dan pernah beberapa kali serangan membabitkan reptilian itu dilaporkan tetapi tidak pernah menyebabkan kehilangan nyawa.
“Saya nasihatkan penduduk supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti di tebing sungai buat masa ini bagi mengelakkan kejadian berulang,” katanya.
Sementara itu, Adun Linggi Mohd Faizal Ramli memaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil dan ini merupakan kejadian pertama yang berlaku tahun ini.